Wednesday, May 17, 2017
#29 : Review Hotel Traders Kuala Lumpur
Syukur Alhamdulillah Khamis 27 April 2017 kami sekeluarga berpeluang bermalam semalam di Hotel Traders Kuala Lumpur yang terletak berhampiran KLCC. Kami bertolak dari rumah dalam jam 8.30 malam dengan menaiki GRAB. Harga patut juga GRAB ini dari Bandar Tun Hussein Onn ke KLCC hanya RM 20.00! Selalu naik teksi tidak akan kurang dari RM 40.00 begitu.
Ini kali kedua kami menginap di sini. Kali pertama mungkin 6 tahun lepas waktu masih bekerja di Kerteh. Itupun kerana kami ada urusan kerja. Kali ini pun urusan kerja kerana hadiah dari syarikat kerana perkongsian yang saya telah selesaikan. Uhuks. Terima kasih syarikat! Oh kami bawa banyak beg kerana keesokan harinya kami pulang ke Perlis pula. Di lobi beg-beg sudah diambil untuk dihantarkan ke bilik. Daftar masuk berjalan dengan lancar canggih semua guna iPAD sahaja.
Masuk - masuk bilik wah cantiknya. Tidak berubah walau dah hampir 10 tahun hotel ini. Memang dijaga dan harum selalu. Rasa `vibrant` dan `lively` seperti gambar di atas. Ada kerusi sofa yang Hannah suka main. Katil `super king` rasanya. Ada menu makanan yang besar gabak. TV je tidak berapa besar. Ada meja yang panjang depan katil kerana hotel ini pun konsepnya `business` sebab orang-orang mesyuarat yang ramai menginap di sini juga.
Tengoklah gambar katil atas ini memang melambai-lambai untuk diempukkan. Lepas letak barang kami makan malam di Suria KLCC. Setengah jalan kami ambil `buggy` yang khusus untuk penginap hotel. Jauh juga nak berjalan kaki makan 15 minit. Kami makan malam pun kejap sahaja sebab kedai sudah hendak tutup. Seronok budak-budak lah. Lepas makan malam, tangkap-tangkap gambar dan layan malam di luar KLCC. Kemudian berjalan kaki pulang ke hotel untuk tidur! Memang layanlah tidur dengan tilam empuk dan kesejukan pendingin hawa. Bilik mandi pun cantik juga. Ada macam-macam kopi dan teh juga disediakan. Lain kali boleh dating lagi tetapi kena tebalkan poket sedikit. Oh kami tidak sarapan di sini tapi sarapan di Killiney dekat Convex. Terima kasihlah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment