Thursday, May 11, 2017
#27 : Review Century Pines Resort Cameron Highlands
Sabtu 8 April 2017 setelah selesai urusan di Lumut maka kami menyinggah semalam di Cameron Highlands. Sebelum itu kami singgah sebentar di AEON Manjung kerana isteri tercinta ingin bertemu kawan lama sekolah yang menetap di Perak. Diorang makan di Secret Recipe maka saya pula pusing-pusing sekitar AEON. Besar boleh tahan juga AEON ini. Masuk di Al Ikhsan jamu-jamu mata sambar seluar PUMA sehelai. Dekat pukul 4.00 petang memulakan perjalanan ke Cameron Highlands melalui Tapah.
Kami singgah di PETRONAS Tapah sebelum mendaki Cameron Highlands. Sekitar 6.30 petang kami mula menaiki. WAZE memberitahu perjalanan makan 2 jam juga! Di awal perjalanan hujan turun dengan lebat-selebatnya. Kena fokus 100% dalam perjalanan. Jalan pula simpang siur. Alhamdulillah berjaya sampai ke Brinchang dalam 8.30 malam. Hendak makan di kedai makan tempatan tetapi penuh maka KFC lah santapan.
Kemudian kami daftar masuk di Century Pines Resort Cameron Highlands. Dah lama saya mengidam nak duduk di hotel ini kerana agak menarik `review` nya. Masa daftar masuk kosong sahaja nampak. Lobi hotel besar. Ada ruang meletakkan kenderaan berbumbung di bawah bangunan. Bilik memang masyuk dan besar. Sejuk suhu suasana malam. Ada katil `super king` yang sangat besar muat 4 orang. Ada TV besar dan kemudahan lain. Seronok sungguh budak-budak juga. Solat jamak kemudian tidur dalam kesejukan pagi.
Bangun awal pagi sejuk guri guri. Dari bilik hotel boleh nampak pemandangan yang cantik tepi bukit. Banyak pokok `pines` sekitar ini sesuai dengan nama hotel. Kami turun sarapan pukul 8 lebih. Macam-macam jenis makanan untuk sarapan. Yang penting ya ya `omolette`. Memang layan sejuk-sejuk pagi minum kopi panas. Ramai pula orang nampaknya bila sarapan. Memang hujung minggu penuh mungkin.
Secara keseluruhan saya puas hati dengan hotel ini dan boleh datang kembalilah. Berbaloi dengan harganya juga. Di Cameron Highlands pun keseluruhan hotel adalah `old school design`. Yang lagi 1 boleh cuba adalah Strawberry Park Resort. Lepas itu daftar keluar dan jalan-jalan cari strawberi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment