Sunday, May 14, 2017
#28 : Percutian ke Cameron Highlands
Ahad 9 April 2017 selepas `daftar keluar` dari Century Pines sekitar 10.30 pagi kami memulakan perjalanan menerokai Cameron Highlands! Cuaca sedap pagi itu macam hendak hujan. Kami ke Bandar Tanah Rata untuk mencari bank dahulu. Kemudian kami pusing-pusing ke The Smoke House hotel dengan gaya colonial yang lawa.
Selepas itu kami singgah pula menaiki bukit ke Bala`s Holiday Chalet. Sekali ada kawalan baru ingat hendak tangkap gambar. Ada 2 orang wanita jaga kawasan bagi `pamphlet` pada kami. Tetapi memang menghijau kawasannya. Macam biasa singgah lalu ke Strawberry Park Resort berangan. Ada pengawal juga segan hendak masuk. Semua pun pengawal daaaaaaa.
Habis di Tanah Rata kami ke Brinchang pula untuk ke Strawberry Farm. `ONE WAY` sistem menyebabkan kesesakan yang amat di Brinchang. Dekat 30 minit baru kami sampai ke Strawberry Farm. Dapat pula `parking` jauh atas sana. Kami bawa payung sebab hendak hujan gayanya. Minum dulu sampai-sampai. Makan strawberi cicah coklat dan air kopi strawberi. Layan Hannah main-main sementara tunggu makanan. Orang ramai juga tetapi tidaklah terlalu padat begitu.
Kenyang perut kami jalan-jalan tengok strawberi dan bergambar. Belikan emak sayur segar dari ladang. Seronok Alyaa dan Hannah. Tiba-tiba hujan lebat turun. Sejuk woooo. Oklah ada payung kami tunggu hujan reda kemudian berpayung ke kereta. Memang musim hujan rasanya. Kami juga membungkus strawberi untuk bekalan makan di rumah.
Dalam 1.30 petang kami keluar dari Strawberry Farm. Kami lalu di perkampungan Melayu dan baru jumpa kedai-kedai Melayu. Hujan masih berderai-derai. Kami ke Tea Valley pula Alyaa beria nak tengok ladang teh. Sampai Tea Valley hujan dah reda dan kami dapat letakkan kereta depan kedai. Fuh ramainya orang nak minum teh! Kami pesan makanan dan minuman cepat juga dia buat dah prefabrikasi. Hannah sudah lena dalam `stroller`. Memang layan minum teh panas dengan pemandangan seperti di atas. Alhamdulillah syukur. Dekat 3.30 petang kami pulang dengan hujan mula lebat.
Perjalanan turun berjalan lancar dengan hujan. Jalan bersimpang-siur dan saya menggunakan gear manual. Ada perkampungan orang asli di sepanjang jalan. Ada juga hutan menebal. Yang penting kena berhati-hatilah. Jalan pun ada yang tidak berapa elok juga. Kereta tidak banyak.
Kami tiba di bawah Tapah setelah 2 jam perjalanan turun. Jalan bengkang-bengkok memang tidak mengantuk. Singgah solat dan makan di RnR Tapah. Kemudian sesak juga `highway`. Malam 9.00 lebih juga baru kami tiba di Kuala Lumpur. Sememangnya 3 hari 2 malam yang penuh pengalaman dan pengembaraan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment