Jumaat 7 April 2017 kami berpeluang berjalan sambil teman isteri tersayang bekerja di Lumut , Perak. Kami memulakan perjalanan dari rumah sekitar 6 petang. Tidak berapa lambat lah yang penting keluar rumah sebelum malam. Perjalanan lancar dan seronok pemanduan tidak mengantuk. Kami singgah di R&R Tapah untuk makan malam sekitar jam 9 malam. Makan nasi campur dan lauk-pauk sahaja. Beli air kopi tin untuk peneman mengantuk.
Selepas itu perjalanan diteruskan. Keluar di tol Simpang Pulai sebelum teruskan perjalanan ke Lumut. Adalah hujan renyai-renyai sewaktu perjalanan. Kami tiba di Marina Island Pangkor Resort & Hotel , Lumut dalam 11.30 malam. Orang semua sudah check in sudah rasanya. Lokasi nama sahaja Pangkor tetapi sebenarnya terletak di kawasan tanah tambak. Memang mengantuk sungguh rasa. Dapat meletakkan kenderaan depan lobi hotel.
Bilik seperti di dalam gambar di atas. Biliknya luas ada 1 katil `queen` dan 1 bilik ada katil `single`. Tilam katil `single` itu kami angkut letak sebelah katil `queen` untuk Alyaa tidur. Bolehlah bilik dia tidak berapa baru lah tapi. Tidak berapa `resort`. Huhu. Lepas solat jamak terus lena kerana keesokan harinya isteri tercinta kena keluar pagi urusan kerja.
Sabtu 8 April 2017 awal-awal pagi kami semua bangun. Dalam 7.30 pagi kami turun sarapan di bawah kafe. Alyaa kena bayar RM 15.00 untuk buffet sarapan. Adalah sarapan ringkas-ringkas dan boleh dilayan. Yang penting ada `omolette`. Pukul 8.00 pagi isteri tercinta pun pergi bertugasan. Saya bawa anak-anak pusing bawah tengok kolam renang yang comel. Keliling hotel kosong sahaja. Kemudian kami naik ke bilik anak-anak main-main saya pula lena :P
Dalam pukul 12 lebih kami check out dari hotel. Kali ini hotel dibayar oleh syarikat. Hehe. Hotel ini ok so so lah tapi secara kesimpulannya. Oh Alyaa seronok sebab ada `bath tub` boleh mandi `kolam`. Seterusnya kami ke Pantik Teluk Batik makan tengahari dan melihat laut dari jauh. Agak hangat itu hari woooo. Kemudian kami berjumpa kawan isteri di Bandar Lumut bawa beli hasil laut di kedai berhampiran.
No comments:
Post a Comment