Bang Mut
Ahad , 7 May 2017 kami sekeluarga berpeluang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 #PBAKL2017 di PWTC. Tahun lepas buat di MAEPS , Serdang orang bising-bising jauh dan sebagainya makan ini tahun kembali ke PWTC. Saya pun bila entah kali terakhir ke pesta buku. Selalu ke `big bad wolf` sahaja itupun dekat rumah. Kami bertolak dari rumah sekitar jam 3.00 petang agak lewat. Sampai konon nak `parking` PWTC namun penuh dah masuk sampai atas dikuasai kereta - kereta orang UMNO terus mara. Maka kami meletakkan kenderaan di Sunway Putra Mall. Itupun puas pusing-pusing barulah jumpa tempat kosong.
Aisa
Berbekalkan `stroller` kami pun memulakan perjalanan ke PWTC. Sudah ada jejantas berbumbung dari Sunway Putra Mall terus ke PWTC. ORang memey ramai sangat. Sampai-sampai kami masuk ke dewan di dalam dahulu. Alyaa beli buku Lawak Kampus, buku kanak-kanak dan lain-lain. Aku pula memborong di Lejen ( Nampak boss Lejen Aisa Linglung) , Dubook ( ada Lucius Maximus dan Khairul Hakimin ) dan Thukul Chetak ( ada Bang MUT! ) . Ada buku RM5 satu. Ada kombo RM50 3 buku. Semua jenis pun ada.
Lucius Maximus
Oh boleh pula terlepas Alyaa dengan isteri tercinta waktu membelek buku! Pusing-pusing tempat sama terjumpa juga. Sempat dengar Syahril Kadir tengah membedah buku Prebet Adam. Habis terjual itu buku Prebet Adam. Memang sedap dengar Syahril Kadir bercerita. Habis pusing bawah naik atas pula.
Syahril Kadir
Di atas banyak buku-buku ilmiah macam Telaga Biru pun ku borong ada diskaun 30% begitu. Kat atas Nampak juga Dr Zahazan di Telaga Biru. Aku pun tidak tahu kenapa nama telaga itu biru? Mungkin sebab air laut warna biru. #teori . Sambar juga sehelai baju `I am lejen`. Penuh tangan dengan buku-buku yang macam-macam. Dekat 6.15 petang kami ke Sunway Putra Mall untuk solat dan makan
Ustaz Zahazan
Oh Sunway Putra Mall sebelum ini lebih dikenali sebagai THE MALL. Ini kali pertama jejak kaki ke sini semenjak Sunway ambil alih. Lokasi pertama dituju ialah surau. Agak `surprise` untuk melihat saiz surau ni. Jeng jeng jeng~ Adeh saiz besar sedikit sahaja dari yang dahulu. Saya rasa patut lebih besar lagi macam the mines dan lain-lain. Lepas itu makan malam di tingkat atas sekali yang mana bolehlah boleh. Kemudian 9 lebih pulang sempat ambil baju abah untuk basuh sambil lepak mamak!