Tuesday, March 28, 2017
#19 : Review Hotel Merton Ipoh
Sabtu 18 Mac 2017 kami sekeluarga berkesempatan untuk menginap di Hotel Merton Ipoh. Memandangkan belum ramai yang `review` hotel yang menarik dan butik ini maka mari saya mulakan. Permulaan pencarian hotel kami memang kami teringin menginap di hotel butik dan harga patut. Pilih punya pilih maka Hotel Merton jadi pilihan kerana memang Nampak klasik dan menarik dari gambar. Harga pun berpatutan seperti kemampuan poket.
Kami tiba untuk daftar masuk sekitar 1030 malam setelah mengharungi kesesakan jalan dari Kuala Lumpur. Daftar masuk memang mudah memandangkan kami sudah tempah awal. Hanya perlukan deposit RM 100.00 sahaja sebagai pengeras. Tempat meletakkan kenderaan pun banyak dan Alhamdulillah kami dapat tempat kosong betul-betul depan hotel. Kawasan baru rasanya. Lobi hotel ini memang klasik ala-ala Amerika Syarikat begitu. Bau lobi pun harum. Oh hotel ini semuanya 3 tingkat. Tingkat 2 dan tingkat 3 sahaja yang ada bilik. Tingkat 1 kosong sahaja.
Masuk je bilik wah harumnya bau. Bilik ini ada dua katil bujang tapi memang yang kecil comel bujang punya. Bilik agak sempit berpatutan dengan harga RM 138.00 semalam. Bilik yang saya duduki juga tiada tingkap namun tiada masalah kerana yang penting katil empuk. Anak-anak saya pun suka. Bilik air pula car pudar kelabu yang `grunge`. `Toiletries` lengkap termasuk berus gigi. Penting tahu berus gigi masa melancong ini. Tandas besar juga dengan `power shower` seperti gambar.
Kelengkapan lain seperti televisyen yang ada banyak siaran, kopi dan teh juga pemanas air, penyangkut baju, kerusi dan meja kecil, penghawa dingin yang sejuk, tempat letak beg dan tidur yang lena. Hehehe. Cuma sebab katil kecil kena rapatkan katil untuk memaksimakan ruang. Pencahayaan dan pengudaraan tetap cukup walau tanpa tingkap. Memang nyenyak kami sekeluarga ketiduran. 1100 pagi begitu kami daftar keluar dan tangkap-tangkap gambar di lobi yang cantik seperti di atas. Memang butik dan klasik. Haiyaa berapa kali mahu sebut daaaaa. Akhir kata, kami berpuas hatilah dengan Hotel Merton Ipoh ini dan insyaAllah ada kelapangan kami menginap lagi.
Labels:
Hotel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment