Monday, March 27, 2017

#18 : Menjejakkan Kaki ke Kuching


Isnin 27 Feb 2017 dan Selasa 28 FEb 2017 saya telah ditawarkan untuk bersama-sama ke Kuching untuk tugasan kerja. Teruja jugalah sebab sudah lama tidak ke Borneo dan ini kali pertama saya ke Kuching! Terus saya menyatakan persetujuan kepada beliau. Jumaat petang sebelumnya menyibukkan diri dengan menempah tiket penerbangan dan pening kena mencari mana `coverall`. Balik rumah terus selongkar Alhamdulillah jumpa pun `coverall` terus basuh malam itu juga. Oh `coverall` diperlukan untuk lawatan ke limbungan pembinaan pelantar. Cuba dan masih muat lagi.


Pagi Isnin ke pejabat dahulu kemudian baru bertolak dengan menaiki ERL. Ambil ERL jam 12 tengahari. Perjalanan menaiki ERL macam biasa 28 minit sahaja. Sampai-sampai terus cari makan! Hendak makan makanan minang tetapi dah tutup. Sob sob sob. Maka makan kedai nasi campur sahajalah. Lepas itu terus check in. Tiada bawa bagasi bawa masuk pun. Semua sandang je ala ala `backpacker`. Penerbangan bermula jam 2.00 petang. Bismillah dan terus terbang! Macam biasa dalam penerbangan tengok apa cerita yang ada. Sampai di Kuching sekitar 3.45 petang.


Lepas keluar terus menaiki van yang diuruskan oleh penganjur program. 15 minit sahaja sudah sampai ke Hotel Pullman. `Check in` dan wah besarnya bilik hotel. Segera solat jamak dan mari meneroka banda Kuching. Petang ini sahaja pun masa yang ada sebab esoknya terus balik. Pertama sekali cari kedai BATA cari sandal sebab kasut baru beli makan kaki belakang pula. Lepas dapat sandal baru cari pula mana tempat Kuching. Berswafoto lah dengan Kuching. Depan dari Kuching pula sungai Sarawak yang luas terbentang. Jauh juga berjalan menyusuri tepian sungai.


Seberang sungai ada kedai-kedai juga kena pergi dengan menaiki bot / sampan tambang begitu. Ada juga kelihatan `cruise` di sekitar sungai. Macam hendak hujan cuaca. Kemudian terus mencari ole-ole di kedai-kedai berhampiran. Beli T-shirt dan magnet peti ais. Sebelum makin gelap terus balik ke Pullman. Alhamdulillah ada kedai makan bawah hotel. Pesan nasi goring ikan masin dan air jagung. Boleh tahan rasa. Naik ke bilik hotel dan berehat


Esoknya sebelum pukul 6 pagi sudah bangun. Kalau di Borneo memang automatik boleh bangun awal insyaAllah set jam. Mandi manda dan solat kemudian sarapan. Pukul 8 lebih berkumpul di lobi dan menaiki van ke limbungan. Pergi bersama pengurus dan pengurus kanan. Oh hujan lebat pagi itu.
Perjalanan mengambil masa 30 minit sahaja. Setibanya di sana ramai pekerja menunggu. Kami berkumpul menunggu Ketua Menteri Sarawak untuk majlis HSE ini hari. Dalam 1030 pagi Ketua Menteri tiba dan majlis bermula. Siap ada lagu negeri Sarawak lagi. Semangat sungguh. Ucapan KM Sarawak pun boleh tahan menarik juga. Pertama kali dengar ucapan secara langsung. Bersemangat untuk negeri dan negara.


Habis itu pula majlis pemberian hadiah kepada pekerja-pekerja limbungan yang bertuah. Yang paling meriah hadiah terbesar motorsikal! Lepas itu makan beradab dan solat jamak. Lawatan kerja bermula dalam 230 petang. Oh besarnya limbungan! Ada kaki pelantar dan pelantar yang sedang dibuat. Berkesempatan juga menaiki pelantar dan mengingatkan diriku pelantar dahulu. Sejam juga lawatan sebelum sessi soal jawab. Kemudian ke lapangan terbang Kuching dan penerbangan ke KLIA jam 640 petang. Iseri tercinta dan anak-anak jejemput di KLIA dalam 9 malam Alhamdulillah semua berjalan lancar.

No comments:

Post a Comment