Thursday, March 23, 2017
#17 : Kem Bina Semangat Perjuangan Harmoni
21 Feb 2017 - 23 Feb 2017 yang lepas saya telah berpeluang menyertai kem bina semangat unit syarikat di Nilai Springs Resort. Lama tidak ikuti kem bina semangat yang terakhir 2014 mungkin. Oh isteri tercinta dan anak-anak ikut serta juga. Petang baru pergi kerana esoknya baru bermula tapi tidur dahulu semalam. Malam layan makan tomyam di Nilai. Besar dan maju juga Bandar Nilai ini. Ada banyak perumahan juga dengan harga yang berpatutan walau jarak ke Kuala Lumpur lebih kurang sejam jugalah.
Hari pertama pagi dimulakan dengan perkongsian dari pengurusan dan juga sessi soal dan jawab. Macam biasa perkenalkan diri untuk lebih merapatkan ukhwah. Ada rakan-rakan sekerja dari Canada, Vietnam, Turkmenistan, Brunei dan lain-lain. Syarikat 1Bumi lah katakana. Petang baru bermula dengan aktiviti-aktiviti luar. Permainan pertama iaitu memindahkan tong dari tengah kawasan yang tidak boleh dimasuki. Hanya boleh menggunakan tali sahaja. Berjaya! Kemudian aktiviti berpindah-pindah antara tayar dengan memijak papan-papan yang kena ditukar-tukarkan. Tidak Berjaya kerana masa tamat pula. Akhir sekali aktiviti melalui halangan-halangan yang boleh dikira mudah jugalah. Habis awal sempat berenang dan membawa anak-anak mandi. Malam macam biasa ada makan malam BBQ dan karaoke. Layan.
Hari akhir bermula seawal 8.00 pagi. Aktiviti ala ala `orienteering` iaitu mencari harta karun menggunakan koordinat-koordinat. Kami sekumpulan berpecah dua untuk mempercepatkan lagi pencarian. Kali ini berjaya menamatkan cabaran mengikut waktunya. Lepas itu ada cabaran-cabaran kecil pula untuk dihabiskan. Selesai semua dalam pukul 12.00 tengahari dan kemudian daftar keluar.
Makan tengahari di Nilai nasi ayam penyet dan kemudian beli belah buku di POPULAR. Beli buku Ahmad Lutfhi dan Syaril Kadir. Lama dah mencari buku-buku mereka. Isteri tercinta saya ada kad POPULAR maka banyak diskaun yang diperolehi. Kemudian pulang semula ke rumah manis rumah. Oh makin bersemangat!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment