Wednesday, March 29, 2017

#20 : Honda Civic Ketam Tonggek Yang Menyelerakan


Tampak menarik bukan HONDA CIVIC HATCHBACK ini ? Pedulikan kepada enjin kerana enjin HONDA pasti terbaik dan juga sedap. Namun dukacita kerana tidak sampai di Malaysia lagi. Thailand pun paling dekat kalau hendak bermimpi. Harga di Thailand mencecah RM 150,000.00 maka kalau bawa ke Malaysia mahu sampai RM 200,000.00. Dahulu pernah juga hendak memiliki HONDA CIVIC namun jentera yang saya gunakan sekarang lebih memenangi hati.

Merah Menyala
 
Putih Berseri
 
Bonet Sukan
 
Tidak Perlu Kata Apa Apa


Tuesday, March 28, 2017

#19 : Review Hotel Merton Ipoh


Sabtu 18 Mac 2017 kami sekeluarga berkesempatan untuk menginap di Hotel Merton Ipoh. Memandangkan belum ramai yang `review` hotel yang menarik dan butik ini maka mari saya mulakan. Permulaan pencarian hotel kami memang kami teringin menginap di hotel butik dan harga patut. Pilih punya pilih maka Hotel Merton jadi pilihan kerana memang Nampak klasik dan menarik dari gambar. Harga pun berpatutan seperti kemampuan poket.


Kami tiba untuk daftar masuk sekitar 1030 malam setelah mengharungi kesesakan jalan dari Kuala Lumpur. Daftar masuk memang mudah memandangkan kami sudah tempah awal. Hanya perlukan deposit RM 100.00 sahaja sebagai pengeras. Tempat meletakkan kenderaan pun banyak dan Alhamdulillah kami dapat tempat kosong betul-betul depan hotel. Kawasan baru rasanya. Lobi hotel ini memang klasik ala-ala Amerika Syarikat begitu. Bau lobi pun harum. Oh hotel ini semuanya 3 tingkat. Tingkat 2 dan tingkat 3 sahaja yang ada bilik. Tingkat 1 kosong sahaja.


Masuk je bilik wah harumnya bau. Bilik ini ada dua katil bujang tapi memang yang kecil comel bujang punya. Bilik agak sempit berpatutan dengan harga RM 138.00 semalam. Bilik yang saya duduki juga tiada tingkap namun tiada masalah kerana yang penting katil empuk. Anak-anak saya pun suka. Bilik air pula car pudar kelabu yang `grunge`. `Toiletries` lengkap termasuk berus gigi. Penting tahu berus gigi masa melancong ini. Tandas besar juga dengan `power shower` seperti gambar.


Kelengkapan lain seperti televisyen yang ada banyak siaran, kopi dan teh juga pemanas air, penyangkut baju, kerusi dan meja kecil, penghawa dingin yang sejuk, tempat letak beg dan tidur yang lena. Hehehe. Cuma sebab katil kecil kena rapatkan katil untuk memaksimakan ruang. Pencahayaan dan pengudaraan tetap cukup walau tanpa tingkap. Memang nyenyak kami sekeluarga ketiduran. 1100 pagi begitu kami daftar keluar dan tangkap-tangkap gambar di lobi yang cantik seperti di atas. Memang butik dan klasik. Haiyaa berapa kali mahu sebut daaaaa. Akhir kata, kami berpuas hatilah dengan Hotel Merton Ipoh ini dan insyaAllah ada kelapangan kami menginap lagi.

Monday, March 27, 2017

#18 : Menjejakkan Kaki ke Kuching


Isnin 27 Feb 2017 dan Selasa 28 FEb 2017 saya telah ditawarkan untuk bersama-sama ke Kuching untuk tugasan kerja. Teruja jugalah sebab sudah lama tidak ke Borneo dan ini kali pertama saya ke Kuching! Terus saya menyatakan persetujuan kepada beliau. Jumaat petang sebelumnya menyibukkan diri dengan menempah tiket penerbangan dan pening kena mencari mana `coverall`. Balik rumah terus selongkar Alhamdulillah jumpa pun `coverall` terus basuh malam itu juga. Oh `coverall` diperlukan untuk lawatan ke limbungan pembinaan pelantar. Cuba dan masih muat lagi.


Pagi Isnin ke pejabat dahulu kemudian baru bertolak dengan menaiki ERL. Ambil ERL jam 12 tengahari. Perjalanan menaiki ERL macam biasa 28 minit sahaja. Sampai-sampai terus cari makan! Hendak makan makanan minang tetapi dah tutup. Sob sob sob. Maka makan kedai nasi campur sahajalah. Lepas itu terus check in. Tiada bawa bagasi bawa masuk pun. Semua sandang je ala ala `backpacker`. Penerbangan bermula jam 2.00 petang. Bismillah dan terus terbang! Macam biasa dalam penerbangan tengok apa cerita yang ada. Sampai di Kuching sekitar 3.45 petang.


Lepas keluar terus menaiki van yang diuruskan oleh penganjur program. 15 minit sahaja sudah sampai ke Hotel Pullman. `Check in` dan wah besarnya bilik hotel. Segera solat jamak dan mari meneroka banda Kuching. Petang ini sahaja pun masa yang ada sebab esoknya terus balik. Pertama sekali cari kedai BATA cari sandal sebab kasut baru beli makan kaki belakang pula. Lepas dapat sandal baru cari pula mana tempat Kuching. Berswafoto lah dengan Kuching. Depan dari Kuching pula sungai Sarawak yang luas terbentang. Jauh juga berjalan menyusuri tepian sungai.


Seberang sungai ada kedai-kedai juga kena pergi dengan menaiki bot / sampan tambang begitu. Ada juga kelihatan `cruise` di sekitar sungai. Macam hendak hujan cuaca. Kemudian terus mencari ole-ole di kedai-kedai berhampiran. Beli T-shirt dan magnet peti ais. Sebelum makin gelap terus balik ke Pullman. Alhamdulillah ada kedai makan bawah hotel. Pesan nasi goring ikan masin dan air jagung. Boleh tahan rasa. Naik ke bilik hotel dan berehat


Esoknya sebelum pukul 6 pagi sudah bangun. Kalau di Borneo memang automatik boleh bangun awal insyaAllah set jam. Mandi manda dan solat kemudian sarapan. Pukul 8 lebih berkumpul di lobi dan menaiki van ke limbungan. Pergi bersama pengurus dan pengurus kanan. Oh hujan lebat pagi itu.
Perjalanan mengambil masa 30 minit sahaja. Setibanya di sana ramai pekerja menunggu. Kami berkumpul menunggu Ketua Menteri Sarawak untuk majlis HSE ini hari. Dalam 1030 pagi Ketua Menteri tiba dan majlis bermula. Siap ada lagu negeri Sarawak lagi. Semangat sungguh. Ucapan KM Sarawak pun boleh tahan menarik juga. Pertama kali dengar ucapan secara langsung. Bersemangat untuk negeri dan negara.


Habis itu pula majlis pemberian hadiah kepada pekerja-pekerja limbungan yang bertuah. Yang paling meriah hadiah terbesar motorsikal! Lepas itu makan beradab dan solat jamak. Lawatan kerja bermula dalam 230 petang. Oh besarnya limbungan! Ada kaki pelantar dan pelantar yang sedang dibuat. Berkesempatan juga menaiki pelantar dan mengingatkan diriku pelantar dahulu. Sejam juga lawatan sebelum sessi soal jawab. Kemudian ke lapangan terbang Kuching dan penerbangan ke KLIA jam 640 petang. Iseri tercinta dan anak-anak jejemput di KLIA dalam 9 malam Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Thursday, March 23, 2017

#17 : Kem Bina Semangat Perjuangan Harmoni


21 Feb 2017 - 23 Feb 2017 yang lepas saya telah berpeluang menyertai kem bina semangat unit syarikat di Nilai Springs Resort. Lama tidak ikuti kem bina semangat yang terakhir 2014 mungkin. Oh isteri tercinta dan anak-anak ikut serta juga. Petang baru pergi kerana esoknya baru bermula tapi tidur dahulu semalam. Malam layan makan tomyam di Nilai. Besar dan maju juga Bandar Nilai ini. Ada banyak perumahan juga dengan harga yang berpatutan walau jarak ke Kuala Lumpur lebih kurang sejam jugalah.


Hari pertama pagi dimulakan dengan perkongsian dari pengurusan dan juga sessi soal dan jawab. Macam biasa perkenalkan diri untuk lebih merapatkan ukhwah. Ada rakan-rakan sekerja dari Canada, Vietnam, Turkmenistan, Brunei dan lain-lain. Syarikat 1Bumi lah katakana. Petang baru bermula dengan aktiviti-aktiviti luar. Permainan pertama iaitu memindahkan tong dari tengah kawasan yang tidak boleh dimasuki. Hanya boleh menggunakan tali sahaja. Berjaya! Kemudian aktiviti berpindah-pindah antara tayar dengan memijak papan-papan yang kena ditukar-tukarkan. Tidak Berjaya kerana masa tamat pula. Akhir sekali aktiviti melalui halangan-halangan yang boleh dikira mudah jugalah. Habis awal sempat berenang dan membawa anak-anak mandi. Malam macam biasa ada makan malam BBQ dan karaoke. Layan.


Hari akhir bermula seawal 8.00 pagi. Aktiviti ala ala `orienteering` iaitu mencari harta karun menggunakan koordinat-koordinat. Kami sekumpulan berpecah dua untuk mempercepatkan lagi pencarian. Kali ini berjaya menamatkan cabaran mengikut waktunya. Lepas itu ada cabaran-cabaran kecil pula untuk dihabiskan. Selesai semua dalam pukul 12.00 tengahari dan kemudian daftar keluar.


Makan tengahari di Nilai nasi ayam penyet dan kemudian beli belah buku di POPULAR. Beli buku Ahmad Lutfhi dan Syaril Kadir. Lama dah mencari buku-buku mereka. Isteri tercinta saya ada kad POPULAR maka banyak diskaun yang diperolehi. Kemudian pulang semula ke rumah manis rumah. Oh makin bersemangat!

Wednesday, March 22, 2017

#16 : Syarikat Berhad


Mana  mahu bermula. Pelbagai perkara untuk diceritakan. Banyak aktiviti `lately`. Menyibukkan diri dengan macam-macam. Kem bina semangat di Nilai, lawatan ke Kuching, kenduri-kenduri kahwin, percutian ke Ipoh dan perancangan ke tembok Singa. InsyaAllah ada rezeki nak ke umrah pula. Amin! Yang pertama syukur pada Allah SWT atas segala nikmat dan rezeki yang diberikan. Semuanya dari Allah SWT. Alhamdulillah. Kena lebih tingkatkan ketakwaan padaNYA. Umur pun makin dewasa. Anak-anak pun makin besar. Besar amanah dan tanggungjawab kita ini.

Oh tahun ini juga saya 11 tahun bersama Syarikat Berhad ini. Jauh lagi perjalanan yang berliku!

Khamis 23 MAC 2017

Monday, March 20, 2017

#15 : Kemaafan


======================
"The Unforgiven II"
======================

Lay beside me, tell me what they've done
Speak the words I wanna hear, to make my demons run
The door is locked now, but it's opened if you're true
If you can understand the me, then I can understand the you

Lay beside me, under wicked sky
Through black of day, dark of night, we share this paralyze
The door cracks open but there's no sun shining through
Black heart scarring darker still, but there's no sun shining through
No, there's no sun shining through
No, there's no sun shining...

What I've felt, what I've known
Turn the pages, turn the stone
Behind the door, should I open it for you?

What I've felt, what I've known
Sick and tired, I stand alone
Could you be there? 'Cause I'm the one who waits for you
Or are you unforgiven, too?

Come lay beside me, this won't hurt, I swear
She loves me not, she loves me still, but she'll never love again
She lay beside me but she'll be there when I'm gone
Black heart scarring darker still, yes, she'll be there when I'm gone
Yes, she'll be there when I'm gone
Dead sure she'll be there...

What I've felt, what I've known
Turn the pages, turn the stone
Behind the door, should I open it for you?

What I've felt, what I've known
Sick and tired, I stand alone
Could you be there? 'Cause I'm the one who waits for you
Or are you unforgiven, too?

Lay beside me, tell me what I've done
The door is closed, so are your eyes
But now I see the sun, now I see the sun
Yes, now I see it

What I've felt, what I've known
Turn the pages, turn the stone
Behind the door, should I open it for you?

What I've felt, what I've known
So sick and tired, I stand alone
Could you be there? 'Cause I'm the one who waits,
The one who waits for you....

Oh, what I've felt, what I've known
Turn the pages, turn the stone
Behind the door, should I open it for you? (so I dub thee Unforgiven)

Oh, what I've felt...
Oh, what I've known...

I take this key (never free...)
And I bury it (never me...) in you
Because you're unforgiven, too...

Never free...
Never me...
'Cause you're unforgiven, too...
Oh
 
 
p/s : kembali ke pejabat setelah 3 hari 2 malam bersuka-ria di PERAK. Semangatlah!
 
SELASA 21 MARCH 2017
 
 

Wednesday, March 15, 2017

#14 : Tembakan Bintang

 
==================
Bag Raiders
"Shooting Stars"
=================

It's late and I'm awake
Staring at the wall
Open up my window
Head floats out the door

No one else around
The shimmer takes my eye
I lift my head
Blinded by the sky

Feel my weight in front
Following the sound
Moves away so fast
Fall down to the ground

 I know there's more to come
Jump back to my feet
Now I only see ahead of me
Chasing down the street

Gave my love to a shooting star
But she moves so fast
That I can't keep up
I'm chasing

I'm in love with a shooting star
But she moves so fast
When she falls then
I'll be waiting
 

Wednesday, March 8, 2017

#13 : NegaraKu

.
NEGARAKU – JOE FLIZZOW

#negaraku
 #negaraku
 ku beri sepenuhnya
 ku beri sepenuhnya
 ini negaraku,
oh darahku
 hiduplah sepenuhnya
 dirgahayu semua.

Kalau kata itu kota, kami bina tamadun
 lihat rangkap-rangkap pantun hidup beratus tahun
 bangkit seribu perwira selamat sejuta insan
 gelap dalam matahari insan juga bisa insaf
 mana cerita panglima yang wujud benar
 awang hitam kaji awan putih bila belayar
 hamba keliling dunia tuannya yang terkenal
 nak merdeka di jasad, harus bebas di akal.
Hatiku tetap hanya padamu
 keranamu aku berdiri
 tanpamu cita-cita hanya kekal sebagai mimpi
 semuanya bermula dari sini.

Negaraku
 negaraku
 ku beri sepenuhnya
 ku beri sepenuhnya
 demi negaraku
 oh darahku
 hiduplah sepenuhnya
 dirgahayu semua.

Dan dari 57, jalannya telah disuluh
 bangkit seakan subuh rebung dilentur buluh
 terus ke 63, kami menjadi kita
 jangan dipersia akibat titik-titik nila
 biar hujan batu turun selebat tengkujuh
 selagi kami mampu semangat tak pernah lumpuh
 selagi ada tubuh untuk kamu aku memburuh
 usaha yang aku bubuh semua petir tiada guruh.

Hatiku tetap hanya padamu
 keranamu aku berdiri
 tanpamu cita-cita hanya kekal sebagai mimpi
 semuanya bermula dari sini.
Negaraku
 negaraku
 ku beri sepenuhnya
 ku beri sepenuhnya
 demi negaraku
 oh darahku
 hiduplah sepenuhnya
 dirgahayu semua.
Ini untuk kamu yang terima undi aku
 try to change the world, bagi dunia suara baru
 ini bukan negara aku, ini negara kita
 buat je cara kita
 buat je cara kita.

Negaraku
 negaraku
 ku beri sepenuhnya
 ku beri sepenuhnya
 ini negaraku
 oh darahku
 hiduplah sepenuhnya
 dirgahayu semua.

Ini untuk kamu yang terima undi aku
 try to change the world, bagi dunia suara baru
 ini bukan negara aku, ini negara kita
 buat je cara kita
 buat je cara kita
 negaraku.
.

Tuesday, March 7, 2017

#12 : Hari Wanita


===================================
FATTAH AMIN – WANITA TERAKHIR 2017
===================================
Menjelang Hari-hari Bahagia Kita,
Ku Bayang Wajah Indahmu Bersamaku,
Di Sisiku Kau Ukir Senyum Manismu,
Kau Masih Belum Milikku Lagi.

Sambutlah Cintaku Duhai Sayang,
Cinta Kita Untuk Selamanya,
Biarku Sentuh Hatimu Ini,
Sendiri.

Selamat Malam Wanita Terakhir,
Tak Mungkin Ku Kan Temu Seindah Ini,
Sampai Bila Ku Harus Menanti,
Untuk Kau Menjadi Milikku.

Oh! Sayang, Sungguh Sempurna, Tiada Lain Ku Mahu.
Sambutlah Cintaku Duhai Sayang,
Cinta Kita Untuk Selamanya,
Biarku Sentuh Hatimu Ini,
Sendiri.
Dan Aku Renangi Lautan Sepi,
Menukil Kembali Bayangmu Di Sini,
Dalam Pelukanku Selamanya.

Sambutlah Cintaku Duhai Sayang,
Cinta Kita Untuk Selamanya,
Biarku Sentuh Hatimu Ini, Sendiri.

Terimalah Cinta Ku Kekasihku,
Ku Impi Bersamamu Hingga Ke Syurga,
Biar Kita Bahagia Untuk Selamanya,
Abadi.

Sambutlah Cintaku Duhai Sayang,
Cinta Kita Untuk Selamanya,
Biarku Sentuh Hatimu Ini, Sendiri.

Selamat Malam Wanita Terakhir,
Tak Mungkin Ku Kan Temu Seindah Ini,
Sampai Bila Harus Ku Menanti,
Untuk Kau Menjadi Milikku.

Thursday, March 2, 2017

#11 : Kesyukuran


Alhamdulillah syukur. Tadi borak-borak dengan isteri tercinta tentang tempat tinggal dan kenderaan. Gigih juga kalau duduk tempat tinggi macam apartment atau kondominium. `Low density` dan aman damai juga jiran - jiran yang ramah sekarang ini. Syukur. Jarak perjalanan ke pejabat pun maksimum kini 1 jam boleh diterima. Itulah yang penting bersemangat di dalam perbaiki lagi diri kita ini semua.

Kenderaan pun tidak banyak songeh dengan servis terbaik dari pusat servis tulen bang. Cuma ada rezeki nak lebih besar untuk keselesaan ibubapa dan anak-anak. Hehe. Oh tidak tahu untuk bercutian ke mana selepas percutian ke Ipoh. Tahun ini tahun cuti-cuti Malaysia sahajalah. Hendak pergi jauh-jauh belum ada masuk perbelanjaan. Oh seronok itu hari pergi bekerja di Kuching. Nanti cerita. Ada kerja.

[ Jumaat 3 Mac 2017 ]