Monday, September 18, 2017

#34 : Jejak - jejak Seharian ke Satun dan Hatyai


Alhamdulillah, sehari sebelum Raya Aidiladha 2017 kami sempat berjalan - jalan ke Satun dan Hatyai! Perjalanan dari Kangar bermula dari jam 830 pagi begitu. 930 pagi kami tiba di Imigresen Satun iaitu `check point` sebelum ke Seberang. Dekat 1 jam juga beratur untuk Imigresen! Fuh. 1030 pagi kami Berjaya dengan jayanya melepasi kawalan. Makan alas perut pulut ayam Siam yang sedap sekali.


Kami singgah di MAKRO untuk cari simkad tetapi tiada jual. Tetapi sempat juga Qada` hajat. Huhu. Oklah ada paip air dalam jamban tidak seperti di Singapore. Oh dahulu di Malaysia ada MAKRO tetapi sudah berubah menjadi TESCO EXTRA. Kami jumpa juga penjual simkad di tepi jalan. Beli 2 simkad untuk layan muat naik gambar dan lain-lain.


Seterusnya kami ke Pantai Pak Bara. Cantik juga pantai tersebut. Tujuan utama adalah makan makanan laut! Yang menarik boleh pilih ketam hidup untuk dimasak. Kami memesan 3 ekor ketam, tomyam, udang, sayur, ikan makan stim dan air teh ais perghhhhhhhhhhhhhhh. Bila sampai makanan memang banyaklah. Makan lauk sahaja lah. Alhamdulillah kenyang dan berpatutan semua sekali dalam RM 200.00 tukaran Malaysia.


Lepas kenyang burppp kami meneruskan perjalanan lagi 2 jam ke Hatyai pula. Apa lagi layan tidurlah lepas pekena tomyam! Kami tiba di Hatyai dalam pukul 4 petang begitu. Oh banyaknya motor di Hatyai ni macam di Vietnam. Oh macam mimpi sahaja dapat tiba di Hatyai. Biasa dengar orang pergi ke sini tetapi Alhamdulillah rezeki kami jejakkan diri. Kami mencari masjid dahulu untuk jamak Zohor dan Asar. Oh di sini masa lewat 1 jam. Lega dapat rehatkan diri. Masjid pun cantik terjaga.


Kemudian kami ke Asean Night Market pula. Macam biasa ala-ala Market Padang Besar tetapi dengan harga lebih murah sepatuh kot! Kelabu mata tengok macam-macam barang dijual.Saya beli sehelai T-Shirt SIAM dalam RM 20.00 sangat berkualiti. Kalau di Padang Besar RM 30.00 juga rasa. Alyaa beli jam dan Hannah juga. Lebih pada cuci mata lah.


Lepas itu dekat jam 6.00 petang perut mula lapar. Kami mencari tempat makan kalau ada di Central Festival. Boleh tahan besar ini bangunan. Terrgezut nak masuk kereta pun kena buka bonet dan sebelum masuk `mall` kena `scan` badan serta barangan macam di KLCC. Untuk keselamatan katanya kerana ancaman ada di mana-mana. Tapi meletakkan kenderaan percuma sahaja. Tengok-tengok dalam semua barangan `branded`. Nak cari makan tapi tengok kedai makanan diragui. Makan angina sahajalah. Kami rancang untuk cari makanan biasa sahajalah di luar tepi jalan.


Guna WAZE cari kedai makan tengah Bandar namun kedai tidak menarik. Jam sudah 7 lebih. Kami teruskan perjalanan untuk pulang dan makan sahaja di mana-mana kedai jumpa. Setibanya di suatu kedai makan berhampiran masjid kami berhentikan kenderaan. Masuk - masuk ramai orang dan tidak pula dilayani. Sob sob sob. Maka kami jamak Maghrib dan Isyak di masjid tersebut. Dapat jugalah `toilet break` juga. Huhuhu. Selepas itu kami terus pulang dan singgah beli roti serta air di 7Eleven sahaja. Semua orang pun tidak larat sudah.


Sejam lebih dekat pukul 11 juga kami tiba di Imigresen Bukit Kayu Hitam. Turun kereta nak cop tapi rupanya duduk sahaja dalam kereta. Orang Imigresen di Thai pula tetiba marah-marah agak emo. Hujan renyai-renyai. Dekat 12 tengah malam tiba di Kangar. What a journey !

No comments:

Post a Comment