Sunday, September 17, 2017

#33 : Jom Kurus 1Malaysia Musim ke 9 aka #JK1M9


Alhamdulillah, Sabtu 9 September 2017 saya memulakan perjalanan sebagai peserta #JK1M9 atau lebih dikenali Jom Kurus 1Malaysia Musim ke 9 anjuran Kevin Zahri dan rakan-rakan. Agak lama juga saya berkira-kira untuk menyertainya. Saya memilih Team Kajang kerana Team Cheras hanyalah untuk wanita sahaja. Oh pengerasnya RM 280.00 tunai. Pendaftaran di atas talian sahaja. Oh sebelum mendaftar saya ada bertanya Coach Meor serba sedikit tentang JK1M.


Sabtu 9 September 2017
Hari pertama berlangsung di sebuah Dewan di Kajang. Semua peserta ada lebih kurang 28 orang. Aktiviti dimulai dengan timbangan berat, pengukuran 1 badan dan bergambar `mug shot` dengan berat asal masing-masing.Oh Coach kami ialah Coach Meor dan Coach Fauzul. Kemudian itu sedikit senaman sebelum ujian kecergasan pula. Ada 4 ujian kecergasan iaitu lompat bintang, tekan tubi, `sit up` dan berlari setempat. Fuh memang penatlah. Oh sebelum itu sessi perkenalan dulu dengan semua peserta. Pukul 11 lebih juga baru selesai semua dan bergambar beramai-ramai.


Ahad 10 September 2017
Oh hari ini sessi Seminar bersama Kevin Zahri di UTROPOLIS, KDU GLENMARIE. Seminar dari jam 8.00 pagi sampai 3.00 petang lamanya. 40 minit juga perjalanan dari BTHO bertolak 730 pagi sampai sana 810 pagi. Senang sahaja hendak cari. Masuk-masuk dewan sudah penuh manusia. Semua sekali sekitar 800 peserta seminar yang hadir. Aktiviti dari 810 pagi - 930 pagi adalah berZumba. Zumba ni ringan-ringan sahaja tiadalah peluh sangat. Selepas itu dalam 940 pagi sessi perkongsian dari 2 orang bekas peserta JK1M yang sudah berjaya. Memang menarik perkongsian tentang cabaran yang dihadapi dan nasihat yang penting untuk semua. Selepas itu dalam 1030 pagi barulah sessi pengenalan dengan Kevin Zahri. `Intro` sahaja sebab selepas itu kami dibahagikan kepada 2 kumpulan yang mana 1 melakukan aktiviti Boot Camp manakala lagi 1 mendengar seminar Kevin Zahri.

Saya memilih untuk melakukan aktiviti Boot Camp dahulu kerana mahu berpeluh-peluh dahulu sebelum berehat mendengar seminar. Aktiviti Boot Camp dilakukan di dalam kawasan bangunan sahaja. Macam-macam aktiviti berkumpulan menarik yang ada. Sejam lebih juga Boot Camp sampai jam 1 tengahari. Kami Team Kajang bergabung dengan Team Cheras kerana Team Kajang sedikit sahaja yang hadir. Selepas itu beli lah roti untuk `lunch`. Terjumpa pula Fazaizul aka BOY LONDON! Panjang umur sungguh. Dia bertugas sebagai `Marketing` di Columbia Setapak. Lepak-lepak makan dengan Team Kajang. Ada lah juga geng. 130 petang begitu bermula sessi seminar dengan Kevin Zahri. Memang seronok mendengar cerita Kevin Zahri dan kelakar lah juga. Ada pelbagai ilmu dari pemakanan hinggalah ke pembuangan. Paling lama sekali ilmu pemakanan siap dengan tulis di papan putih cara menu makan dari pagi ke malam. Paling ideal 6 kali makan katanya. Memang khusyuk lah mendengar. Ada juga sessi soal jawab selepas itu. Kemudian dekat jam 300 petang habis tamat. Puas hati! Alhamdulilllah Zohor di surau KDU sebelum pulang ke rumah.


Selasa 12 September 2017 dan Khamis 14 September 2017
2 hari malam ada sessi interval dan sessi HIIT di Dewan UKM Bangi. Fuh memang berpeluh dengan Coach yang penuh bersemangat ala-ala Ustaz Hanafi. Malam dari jam 800 - 1000 malam baru habislah!


Sabtu 16 September 2017
Sessi menimbang berat badan! Oh aktiviti di Stadium Kajang tepi Sate Kajang itulah. Alhamdulillah turun 1.2 kg tunai. Latihan biasa sahaja hari ini. Tapi sejam juga dengar Coach Fauzul cerita semula tentang pemakanan. `Never boring topic`.

Ahad 17 September 2017
Aktiviti macam biasa di Stadium Kajang. Perlahan-lahan makin kuat stamina rasanya. Uhuks.
Selasa ini malam sambung lagilah. Teruskan kekal 100 KCAL sehari.

No comments:

Post a Comment