Thursday, April 27, 2017
#24 : Review Lost World of Tambun Ipoh
Sabtu 18 Mac 2017 setelah `checkout` dari Merton Hotel Ipoh kami ke Lost World of Tambun Ipoh pula. Sebelum masuk main air kami makan `brunch` dahulu di McD kenyang-kenyang. Cuaca agak hangat dan kami berkira-kira hendak masuk ke tidak. Tiket telah awal-awal kami beli sewaktu MITA Fair di Mines Convention Centre. Kami terus ke Lost World dan mencari tempat meletakkan kenderaan. Banyak tempat letak kereta walaupun agak sibuk juga cuti sekolah.
Kami diberikan tag tangan sebelum masuk. Kemasukan lancar dan masuk-masuk sahaja kami terpegun dengan besarnya taman tema ini. Untuk pengetahuan semua ini kali pertama kami masuk ke taman tema air sekeluarga. Memang ramainya orang! Kami masuk dekat pukul 1.30 tengahari begitu. Beli air mineral buat bekalan dengan hangat-hangat tapi macam hendak hujan. Kami pusing-pusing dahulu main-main apa patut kemudian baru main-main air.
Kami mulakan dengan bermain keretapi pusing-pusing sahaja. Kemudian kami tunggu `keretapi bas` pula untuk bawa kami keliling taman tema. Dalam pukul 2.10 petang `keretapi bas` bertolak lepas beratur panjang. Ada taman harimau, taman rusa, tempat mendulang, tempat berkhemah tepi tasik, `petting zoo` dan sebagainya. Kami tidak singgah pun cuma melihat dari atas `keretapi bas`. Setelah habis 1 pusingan, saya dan Alyaa beratur untuk `roller coaster`. Ada 1 sahaja `roller coaster` pun di taman tema ini. Oklah `roller coaster` dia ringan-ringan begitu dan pengalaman untuk Alyaa.
Dekat pukul 3 petang hujan lebat pula. Kami solat jamak dan menukar pakaian sementara menunggu hujan reda. Selepas hujan reda masa untuk main-main air! Seronok Alyaa dan Hannah main air. Ada kolam air panas juga yang airnya memang hangat. Budak-budak masin gelongsor air saya pun nak main juga sampai kena gelak dengan budak-budak. Setelah main di kolam budak-budak kami bermain air di kolam dewasa yang ada ombak tiruan. Bolehlah ombak dia tapi tidak samalah ombak lautan ciptaan Allah SWT. Ada pelampung orang tinggalkan maka main-main pelampung juga. Dekat pukul 6.00 petang juga baru naik mandi tukar baju. Memang seronok!
Kemudian kami cari makan malam pula selepas kepenatan. Hannah terus ketiduran masa kami makan malam. Makan malam tomyam dan ika begitu. Selepas itu `check in` di Casuarina @ Meru Ipoh pula.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment