Tuesday, April 18, 2017

#23 : Review Hotel Casuarina @Meru

 
Ahad 19 Mac 2017 kami berpeluang menginap di Hotel Casuarina @Meru, Ipoh. Kami daftar masuk sekitar pukul 8.30 malam. Hujan agak renyai-renyai waktu itu. Hotel ini terletak di satu kawasan baru Ipoh yang tidak jauh dari Jelapang. Ada bulatan yang sangat luas di hadapan hotel dan ada taman besar juga ditengah - tengah bulatan.
 
 
Bilik yang kami diami untuk semalam mempunyai 2 katil bujang. Katil dia agak rendah `lowered`. Ada perkakas hotel seperti biasa macam hotel lain, meja tulis, kerusi, cerek+kopi+teh, televisyen LCD dan lain-lain. Biliknya luas dan lapang serta konsep bilik yang ceria.
 
 
Alyaa dan Hannah seronok bermain-main dalam bilik. Hotel ini semua ada kecuali kolam renang sahaja tiada. Tetapi tiada masalah sebab ke Ipoh pasti ramai yang berkunjung ke Lost World of Tambun untuk bermain air. Bilik kami juga mengadap ke taman besar seluas mata memandang. Tempat meletakkan kereta juga banyak dan kami dapat tempat letak kereta berhadapan lobi.
 
 
Alhamdulillah tidur lena itu malam selepas kepenatan main air di Lost World of Tambun. Kali ini kami pilih pakej sekali dengan sarapan pagi. Kami turun sekitar 930 pagi untuk sarapan. Hannah nampak kek terus dia nak sekeping. Belilah kek sekeping. Alyaa sahaja yang kena bayar untuk sarapan. Bolehlah `basic-basic` menu sarapan. Ada nasi lemak, sosej dan roti. Yang penting sekali adalah `omolette`! Sampai dekat 1030 pagi hingga diberitahu waktu sarapan tamat kami melepak.
 
 
Secara keseluruhan hotel ini memuaskan tetapi kami lebih suka konsep Hotel Merton yang lebih `butik`. Kami daftar keluar sekitar jam 1100 pagi sebelum meneruskan kembara negeri Perak. Yang penting kami dapat berehat dengan selesa dan nyaman. Oh lagi satu Taman Tema dari KRU studios tengah bina berdekatan Meru Ipoh.
 
 


No comments:

Post a Comment