Thursday, April 27, 2017
#24 : Review Lost World of Tambun Ipoh
Sabtu 18 Mac 2017 setelah `checkout` dari Merton Hotel Ipoh kami ke Lost World of Tambun Ipoh pula. Sebelum masuk main air kami makan `brunch` dahulu di McD kenyang-kenyang. Cuaca agak hangat dan kami berkira-kira hendak masuk ke tidak. Tiket telah awal-awal kami beli sewaktu MITA Fair di Mines Convention Centre. Kami terus ke Lost World dan mencari tempat meletakkan kenderaan. Banyak tempat letak kereta walaupun agak sibuk juga cuti sekolah.
Kami diberikan tag tangan sebelum masuk. Kemasukan lancar dan masuk-masuk sahaja kami terpegun dengan besarnya taman tema ini. Untuk pengetahuan semua ini kali pertama kami masuk ke taman tema air sekeluarga. Memang ramainya orang! Kami masuk dekat pukul 1.30 tengahari begitu. Beli air mineral buat bekalan dengan hangat-hangat tapi macam hendak hujan. Kami pusing-pusing dahulu main-main apa patut kemudian baru main-main air.
Kami mulakan dengan bermain keretapi pusing-pusing sahaja. Kemudian kami tunggu `keretapi bas` pula untuk bawa kami keliling taman tema. Dalam pukul 2.10 petang `keretapi bas` bertolak lepas beratur panjang. Ada taman harimau, taman rusa, tempat mendulang, tempat berkhemah tepi tasik, `petting zoo` dan sebagainya. Kami tidak singgah pun cuma melihat dari atas `keretapi bas`. Setelah habis 1 pusingan, saya dan Alyaa beratur untuk `roller coaster`. Ada 1 sahaja `roller coaster` pun di taman tema ini. Oklah `roller coaster` dia ringan-ringan begitu dan pengalaman untuk Alyaa.
Dekat pukul 3 petang hujan lebat pula. Kami solat jamak dan menukar pakaian sementara menunggu hujan reda. Selepas hujan reda masa untuk main-main air! Seronok Alyaa dan Hannah main air. Ada kolam air panas juga yang airnya memang hangat. Budak-budak masin gelongsor air saya pun nak main juga sampai kena gelak dengan budak-budak. Setelah main di kolam budak-budak kami bermain air di kolam dewasa yang ada ombak tiruan. Bolehlah ombak dia tapi tidak samalah ombak lautan ciptaan Allah SWT. Ada pelampung orang tinggalkan maka main-main pelampung juga. Dekat pukul 6.00 petang juga baru naik mandi tukar baju. Memang seronok!
Kemudian kami cari makan malam pula selepas kepenatan. Hannah terus ketiduran masa kami makan malam. Makan malam tomyam dan ika begitu. Selepas itu `check in` di Casuarina @ Meru Ipoh pula.
Tuesday, April 18, 2017
#23 : Review Hotel Casuarina @Meru
Ahad 19 Mac 2017 kami berpeluang menginap di Hotel Casuarina @Meru, Ipoh. Kami daftar masuk sekitar pukul 8.30 malam. Hujan agak renyai-renyai waktu itu. Hotel ini terletak di satu kawasan baru Ipoh yang tidak jauh dari Jelapang. Ada bulatan yang sangat luas di hadapan hotel dan ada taman besar juga ditengah - tengah bulatan.
Bilik yang kami diami untuk semalam mempunyai 2 katil bujang. Katil dia agak rendah `lowered`. Ada perkakas hotel seperti biasa macam hotel lain, meja tulis, kerusi, cerek+kopi+teh, televisyen LCD dan lain-lain. Biliknya luas dan lapang serta konsep bilik yang ceria.
Alyaa dan Hannah seronok bermain-main dalam bilik. Hotel ini semua ada kecuali kolam renang sahaja tiada. Tetapi tiada masalah sebab ke Ipoh pasti ramai yang berkunjung ke Lost World of Tambun untuk bermain air. Bilik kami juga mengadap ke taman besar seluas mata memandang. Tempat meletakkan kereta juga banyak dan kami dapat tempat letak kereta berhadapan lobi.
Alhamdulillah tidur lena itu malam selepas kepenatan main air di Lost World of Tambun. Kali ini kami pilih pakej sekali dengan sarapan pagi. Kami turun sekitar 930 pagi untuk sarapan. Hannah nampak kek terus dia nak sekeping. Belilah kek sekeping. Alyaa sahaja yang kena bayar untuk sarapan. Bolehlah `basic-basic` menu sarapan. Ada nasi lemak, sosej dan roti. Yang penting sekali adalah `omolette`! Sampai dekat 1030 pagi hingga diberitahu waktu sarapan tamat kami melepak.
Secara keseluruhan hotel ini memuaskan tetapi kami lebih suka konsep Hotel Merton yang lebih `butik`. Kami daftar keluar sekitar jam 1100 pagi sebelum meneruskan kembara negeri Perak. Yang penting kami dapat berehat dengan selesa dan nyaman. Oh lagi satu Taman Tema dari KRU studios tengah bina berdekatan Meru Ipoh.
Monday, April 3, 2017
#22 : Layan Subaru Levorg 2016
Edisi pertama layan. Kita akan layan Subaru Levorg yang berharga RM199,720 ( di atas jalan, tanpa insurans ) . Jentera Subaru terbaru ini merupakan `sportwagon GT` dengan 5 tempat duduk selesa dan tempat meletakkan barangan yang luas.
Roda Levorg dilengkapi rim 18 inci tayar 225/45. Levorg pasaran Malaysia dikuasai enjin1.6 liter , 170 ps dari 4800 ke 5600 rpm dan 250 Nm dari 1800 ke 4800 rpm. Keluasan but seluas 522 liter dan dengan kerusi belakang dibelakangkan boleh menambah keluasan sehingga 1446 liter. Luas bukan ?
Pandangan saya yang memiliki jentera sukan ini memang menyukai konsep begini yang `all killers no fillers`. Cuma memandangkan saya yang mencari MPV pula mungkin harganya agak tinggi dengan insurans melebihi RM 200,000.00 . Apa-apa pun layan!
Spesifikasi : Subaru Levorg
1.6 GT-S (A)
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
Pandangan Sisi
`Bodykit` lengkap
Putih Suci Murni
#21 : Setahun Bersama Unit Keselamatan
Alhamdulillah 1 April 2017 genap setahun saya bersama Unit Keselamatan. Setahun yang lalu agak buntuk ke mana hendak diletakkan setelah keputusan tahunan pekerjaan yang tidak memberangsangkan dan syarikat yang sedang dalam proses penyusunan semula. Ada yang ke Kerteh, Miri, Bintulu, Kota Kinabalu dan serata tempat lagi.
Bulan-bulan terawal lebih kepada pengenalan dan penyesuaian diri dengan unit baru. Alhamdulillah dapat rakan sekerja yang senang berbincang juga pengurus yang sama-sama bekerjasama untuk tugasan. Kepercayaan juga penting dalam melalui `expectation` daripada pengurusan lebih tinggi. Saya pun segera dapat pelajari dan dengan untuk ajar semula tidak dilupakan.
Setelah setahun juga rasanya kena buat pembaharuan untuk lebih maju dalam persaingan sengit rimba kota. Cuma ke lautan sahaja mungkin belum lagi. `ACD` juga perlu dimulakan dari kosong dan banyak perlu dikejar. Lambat atau cepat yang penting lakukan yang terbaik. Pengalaman di operasi sebelum ini sangat amat membantu dalam tugasan saya kini.
Semoga maju jaya untuk diri sendiri insyaAllah dan Allah mudahkan segala urusan. Amin !
Bulan-bulan terawal lebih kepada pengenalan dan penyesuaian diri dengan unit baru. Alhamdulillah dapat rakan sekerja yang senang berbincang juga pengurus yang sama-sama bekerjasama untuk tugasan. Kepercayaan juga penting dalam melalui `expectation` daripada pengurusan lebih tinggi. Saya pun segera dapat pelajari dan dengan untuk ajar semula tidak dilupakan.
Setelah setahun juga rasanya kena buat pembaharuan untuk lebih maju dalam persaingan sengit rimba kota. Cuma ke lautan sahaja mungkin belum lagi. `ACD` juga perlu dimulakan dari kosong dan banyak perlu dikejar. Lambat atau cepat yang penting lakukan yang terbaik. Pengalaman di operasi sebelum ini sangat amat membantu dalam tugasan saya kini.
Semoga maju jaya untuk diri sendiri insyaAllah dan Allah mudahkan segala urusan. Amin !
Subscribe to:
Posts (Atom)