Pagi ini jet peribadi Falcon aku menunggu di Subang Skypark untuk menerbangkan aku ke Osaka, Jepun. Ada perjanjian perniagaan bernilai RM 100 juta untuk ditanda-tangani. Pelabur Jepun berminat untuk melabur di pasaran semi kondukter di Bangi, Selangor. Pemandu peribadi aku memandu jentera Jaguar F-Pace berkuasa `3.0 litre V6 380 PS Supercharged Petrol` yang baru dibeli minggu lepas dengan tangkas. Jam menunjukkan detik 6.00 pagi dan beberapa minit lagi akan berkumandang azan Subuh. Subuh di Subang Skypark lah bersama juruterbangku Kapten Arman.
Suasana di Subang Skypark masih dingin waktu tiba. Namun ramai penumpang sudah ada untuk penerbangan masing-masing. Ada yang ingin ke utara dan selatan. Selesai Subuh aku pekena kopi panas bersama roti sandwich. Akhirnya aku terlena. Dan rupanya aku masih bermimpi...
Amacam #kelakarkan merepekan aku ini? 2 - 3 menjak heboh diperkatakan buku seseorang yang popular yang dikatakan entah-hapentah. Aku yang belum membaca atau membelek buku itu tiada komen! Mungkin harganya agak mahal mencecah RM 70.00 menjadi persoalan. Mungkin buku itu sesuai untuk peminat kipas mati beliau. Tunggu dan lihat.
Adalah lagi isu macam Vallet Doa yang bagiku macam `too good to be true`. Macam `troll` pun ada. Atau mungking ( ala ganu ) adalah `decoy`. Kalau betul wujud aku akan geleng kepala lah. Ya insyaAllah cita-citaku nak ke Mekah dan berdoa di sana. Mari mulakan dengan berdoa di sini dahulu banyak-banyak. Moga Allah makbulkan doa terutama selepas solat fardhu.
Oh sambung merepek lagi. Bila nak ke Osaka, Jepun ?
[ Rabu 15 Februari 2017 ]
No comments:
Post a Comment