Friday, February 10, 2017

#5 : Realiti Hidup


Irama Anuar Zain Andainya Takdir berkemundang dari pembesar suara Sonic Gear Tattoo101. Kehidupan ini tidak seperti bait-bait lagu. Ia lebih lagi mencabar dan menduga. Makin hari makin berlikuan lagi. Oh selamat hari lahir ke 35 untuk diri sendiri. Tua dah pakcik! Tapi klip video Anuar Zain ini memang layan dengan lakonan menjadi dari Anuar Zain. Ada sambungan lagi. 

Apa yang perlu kita lakukan ketika menghadapi cabaran dan dugaan ini ialah dengan tidak sekali-kali menyerah kalah dan berputus asa. Paling penting doa pada ALLAH SWT agar memudahkan insyaAllah. Yakinilah akan ada pelangi setelah hujan di petang hari. 

Khutbah semalam mengingatkan daku yang penting kesyukuran dan kecukupan. Cukupkah ibadah kita semua? Ingatan jangan sibuk sahaja keduniaan. Kenalah fokus dan teliti dalam melakukan sesuatu juga. Kita merancang dan berserahlah pada ALLAH SWT.

Oh lagi suatu kejayaan saya iaitu saya sudah boleh berenang! Tidaklah sukar sebenarnya malahan senang sahaja. Kena kawal pernafasan dan automatik sahaja boleh menyelam. Ini rasa macam hendak pergi BOSIET. Sejam pun boleh berendam. 

[ Sabtu 11 Februari 2017 ]


No comments:

Post a Comment