Sunday, October 1, 2017

#37 : Jom Kurus 1Malaysia Musim ke 9 aka #JK1M9 Bahagian 2


Selasa 19 September 2017
Hujan lebat ini hari. Huhu. Kami melakukan TABATA di Stadium Kajang. Kesungguhan ber TABATA mengakibatkan kaki kiri lutut `injured` sedikit. Peluh jangan cakap lah.

Khamis 21 September 2017
Ini hari di Dewan Gemilang UKM. Dewan ini memang `best` sebab besar dan luas. Lantai pun layan kalau buat `push up`. Oh daku suka `push up` lebih daripada `burpees`. Oh ini hari aktiviti Plyometric & Interval.

Sabtu 23 September 2017
Timbangan untuk kali ke empat. Ini hari bergabung dengan kumpulan Bangi. Hari ini `Aeromix Dance` dengan Coach Helmi Tarabas. Memang layan lah macam-macam jenis joget di Dewan Bangi Lama ni. Coach pula bersenam senyum sokmo. Memang nak kasi kurangkan bosan kena pelbagaikan aktiviti. Oh untuk timbangan pula turun 2 kg Alhamdulillah. Hik hik hik. Oh main `dodgeball` sebelum pulang. Menarik juga permainan sukan ini. Main sekejap lepas itu kalah lah saya.

Ahad 24 September 2017
Patutnya di UKM Bangi tetapi ponteng tidak larat maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....


Selasa 26 September 2017
Malam ini di Dewan Gemilang UKM buat `Cross Fit`. Pertama kali ini! Fuh memang berat aktiviti kena angkat bola berat lah, angkat guni, bergolek, merangkak dan lain-lain. Aku memang suka dengan ini Coach Shafrin. Habis sahaja semua macam hendak pengsan.

Khamis 28 September 2017
Hari ini malam sampai lewat sedikit terlajak layan ~Titian Cinta~ . Aktiviti di Dewan Gemilang UKM `interval` tetapi penat mak hai.

Sabtu 30 September 2017
Sessi di Dewan Taman Mesra. Timbangan lagi. Naik sedikit beberapa gram :( hari ini aktiviti TABATA dan aktiviti lain. Itu lah padah main-main kan ATKINS kan dah naik~
Ada lagi 2 minggu weh. Oh balik awal hendak pergi kenduri. Aktiviti memang kaw kaw cungap-cungap rasa nya.

AHAD 1 Oktober 2017
Rehat!

No comments:

Post a Comment