Thursday, July 20, 2017
#31 : Review ETS KL Sentral , Kuala Lumpur ke Arau, Perlis
Tarikh aku tiada ingat tetapi hendak juga `review` perjalanan menaiki ETS dari KL Sentral ke Arau Perlis waktu malam. Ya malam ! Sedih tidak sempat untuk menaiki keretapi malam seperti Senandung Malam yang ada katil itu. Tapi itu perlahan ini laju punya gerabak. Bawa baju tebal-tebal supaya takut kesejukan malam.
Bertolak dari rumah sekitar 9.30 malam dengan mengambil `GRAB`. 25 minit sahaja perjalanan pukul 10.00 malam sudah sampai KL Sentral. Ramai juga orang. Beli bekalan kunyah-kunyah dan air minuman di sana. Ada 3 kedai mini iaitu 7 Eleven , MyNews dan NewsPlus. Baguslah ada persaingan sihat. Tempat menunggu ETS di atas ada papan tanda besar menunjukkan gerak seterusnya.
Sejam juga menunggu keretapi. Keretapi tiba jam 11.27 malam begitu. Terus menunggu di platform beramai-ramai. Keretapi sampai terus meluru memenuhi ruang. Dapat tempat menarik depan TV. Lampu memang terang benderang. Gigih juga hendak tidur ini. Alyaa lena awal. Aku pula mamai-mamai sebelum lena.
Hannah tidak lena! Isteri tercinta teman Hannah yang tidak lena siap beli makanan dan air di kantin. Oh ya kantin memang sentiasa terbuka 24/7. Surau pun ada selesa siap kompas lagi. Laju keretapi memang tidak terasa lah. Dekat pukul 4.00 pagi perut menggeroncong. Ok lah tandas selesa dan besar. Huhu. 4.37 pagi begitu Alhamdulillah sampai di stesen Arau. Ya memang best naik ETS.
#jomnaikETS!
Subscribe to:
Posts (Atom)